hostgator coupon

Monday

Tips Memilih Door Gift

Cenderahati Perkahwinan atau "door gift" sudah menjadi trend masa kini. Jika dahulu tetamu cuma diberi bunga telur yang diletakkan dalam bekas yang berisi hirisan daun pandan sebagai tanda terimakasih. Tetapi sekarang sudah beralih kepada macam-macam cenderahati misalnya rantai kunci, gelas serta kuih muih.



Anda harus mengambil kira kos bunga telur dan cenderahati selain kos lauk pauk yang ditempah kerana perbezaan walau sesen pun akan memberi kesan...yang ini untuk bakal pengantin yang ingin berjimat lah. Yang berduit dan yang ada peruntukkan besar mungkin tidak perlu risau sangat.

Katakan anda ingin menjemput 1000 orang tetamu ke majlis perkahwinan anda, kos untuk cenderahati seorang mungkin bernilai  (a) RM3.00 dan jumlah keseluruhan sudah menjadi RM3000.00

Jika anda membuat bajet sebanyak (b) RM2.50 bermakna anda sudah berjimat sebanyak RM0.50 seorang. 

a) RM3.00 x 1000 org = RM3000

b) RM2.50 x 1000 org=  RM2500
                                ________
                                 RM  500     Jumlah wang yang anda jimat
                                ======

Dengan wang lebihan itu anda boleh guna untuk menampung kos bercuti atau berbulan madu. Bayangkan jemputan anda lebih dari 1000 orang tetamu sudah pasti kos juga akan meningkat.


Bagi anda yang menggunakan beg cenderahati pastikan dahulu berapa jenis item yang hendak diisikan supaya mudah nanti anda  menganggarkan saiz dan jenis beg yang sesuai.

Tak kira lah berapa bajet anda mahal atau murah... tetapi ini adalah sesuatu untuk difikirkan.

Oleh itu pastikan berapa bajet anda untuk kos door gift tersebut. 

Klik DISINI ini untuk dapatkan info lanjut anda.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...